TENTANG AKADEMISERVIS

Kemahiran praktikal.
Peluang bisnes servis.

Latihan untuk servis rumah dan bangunan.

AkademiServis ialah platform kursus, bengkel dan latihan kemahiran di bawah Halways. Kami memberi tumpuan kepada kemahiran teknikal dan asas perniagaan dalam bidang servis rumah serta bangunan.

HALWAYS SDN. BHD.SSM No.: 201301032873 (1062702-A)

Kursus semasa merangkumi waterproofing dan baik pulih kebocoran, pemeriksaan dan kawalan kulat bangunan, serta kawalan anai-anai dan serangga perosak.

Melalui pembelajaran teori dan aktiviti praktikal, peserta diperkenalkan kepada kaedah pemeriksaan, penggunaan peralatan dan teknik kerja yang berkaitan dengan bidang pilihan mereka.

Peserta juga mempelajari asas memulakan bisnes servis, termasuk pengiraan kos, penyediaan sebut harga dan pemasaran, mengikut modul kursus.

Semak tarikh, lokasi, kandungan dan yuran pada halaman setiap kursus. Anda boleh mendaftar melalui website atau menghubungi AkademiServis melalui WhatsApp.

Terokai kursus

Jom sertai AkademiServis

Tingkatkan kemahiran. Jana pendapatan. Bina masa depan.

Pilih kursus anda
Tanya kami